Sunday, November 15, 2009

Untung Jadi Guru

Sedar tak sedar, dah pun berada di akhir tahun. Sesi persekolahan 2009 bakal tamat di akhir minggu ini. Sudah 2 minggu peperiksaan akhir tahun tamat dan hari ini keputusannya pun telah dipamerkan di papan kenyataan sekolah. Bermakna kerja saya pun bertambah untuk ‘keep in’ data tersebut ke laman web sekolah yang juga merupakan pusat data sekolah.

Sudah menjadi tradisi di Maktab Mahmud Kuala Muda –dulu SAR Tarbiah an-Nashiin-, selesai sahaja peperiksaan akhir tahun, di kesibukan guru-guru memeriksa/menanda kertas peperiksaan, kelas-kelas pula berlumba-lumba mengadakan jamuan akhir tahun. Masing-masing sibuk. Pelajar-pelajar sibuk membuat persiapan dan menyediakan jamuan. Guru-guru sibuk memenuhi undangan. Mengah kekenyangan. Alhamdulillah syukur!




Kami guru lelaki tak ramai di sini...lagi untung



Antara kelas yang membuat jamuan...tingkatan 1A2



Potong kek pun ada....bersama pengetua potong kek



Kenyang dah kenyang.....
kena bagi hadiah la pulak kat depa


Ada yang mencuit hati tuuu....
Ni yang untungnya menjadi guru...



No comments:

Post a Comment