Friday, November 6, 2009

Antara Tauliah Dan Warta Rokok



Menjadi rutin mingguan saya setiap hari Jumaat –kecuali ketika out station- menghantar dan mengambil isteri di SK Bagan Jermal Butterworth. Tengah hari td selepas mengambil isteri, kami singgah di kedai makan yang biasa kami singgah pada setiap minggu. Lauk pauknya banyak dan harga pun berpatutan.

Kami memilih meja tengah di kawasan luar kedai untuk duduk. Selesa dan nyaman. Ketika sedang menikmati nasi di dalam pinggan, gegendang telinga saya dapat menangkap butir perbualan sekumpulan lelaki yang baru lepas makan dan sedang menghisap rokok. Perbualan mereka berkisar tentang rokok.

”Abang! jauh menung, ada apa?”. ”Takda apa lah” jawab saya sambil tersengih. ”Ada apa, bagai tau la”. ”Nanti la abang bagi tau dalam kereta”.

Selepas membayar harga makanan, saya bersama isteri menuju ke kereta dan kami bertolak pulang. Waktu zohor masuk awal sekarang, hari ni kan hari jumaat.

Dalam kereta, tanpa diminta, saya menunaikan janji di kedai makan tadi. ”Abang nak buat kajian”. Terkejut isteri saya. ”Kajian apa pulak abang?”. ”Wadah dengar tak apa yang orang di sebelah kita sembang tadi?”. ”Ntah, tak perasan pulak”.”Depa sembang tentang rokok”.

Saya terangkan kepada isteri tentang kajian yang saya maksudkan. Saya hanya rancang spontan di dalam kepala. Kajian spontan saya sebenarnya bias, tanpa objektif dan dapatan kajian pun telah diperolehi serta saya juga telah menyiapkan saranan dan cadangan yang perlu dikemukakan.

Kajian tersebut saya namakan ”Keberkesanan Penyampaian Warta Keharaman Merokok Oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-37: Kajian Di Negeri Selangor”.
Di Malaysia, Persidangan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.

Seperti yang kita ketahui, bidangkuasa pentadbiran undang-undang Islam terletak di bawah negeri-negeri, maka pewartaan sesuatu fatwa yang diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan adalah di bawah bidangkuasa negeri. Di samping itu, pengautkuasaan fatwa juga adalah di bawah bidang kuasa negeri-negeri dan tidak ada mana-mana negeri boleh dipaksa untuk menerima fatwa yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Berkaitan hukum haram merokok, Selangor antara negeri yang terawal mewartakannnya. Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.

Berkaitan dengan kajian saya tersebut, antara soalan kaji selidik yang ingin saya kemukakan kepada pakcik-pakcik yang bersandar dan bersembang di koridor masjid selepas solat maghrib sambil menghisap rokok; kepada pemerhati-pemerhati politik yang berbahas di kedai-kedai kopi; kepada orang awam perseorangan serta perkumpulan di kampung dan di pekan. Antara soalan kaji selidik saya yang utama adalah:

1. Apakah hukum merokok?
a. Harus b. Makruh c. Haram

2. Adakah pakcik tahu merokok itu hukumnya haram?
a. Tahu b. Tidak pasti c. Tidak tahu

3. Pernahkan pakcik mendengar/melihat siaran/makluman/hebahan dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tentang hukum merokok adalah haram?
a. Ya b. Tidak pasti c.Tidak


Bagi soalan pertama, saya yakin majoriti akan memilih (b). Soalan kedua pula kebanyakan akan memilih (c) dan bagi soalan ketiga kebanyakan akan memilih (c) serta sebahagian juga akan memilih (b).

Daripada soalan kaji selidik ini, saya membuat kesimpulan bahawa penyampaian dan penyebaran warta hukum haram merokok oleh JAIS tidak berlaku, tidak berkesan dan tidak menyeluruh. Dapatan kajian saya juga mendapati JAIS tidak buat kerja yang sepatutnya.

Maka di sini saya ingin memberikan beberapa saranan dan cadangan kepada JAIS:

1.Penyampaian dan penyebaran hukum haram merokok yang telah diwartakan fatwanya oleh negeri Selangor perlu dilakukan dengan berkesan. Siaran melalui tv dan radio, hebahan melalui internet, surat khabar, teks2 khutbah jumaat dan notis2 yang ditampal di masjid/surau dan tempat2 strategik di negeri selangor.

2. JAIS perlu amanah dalam menjalankan tugas dan tidak bersikap double standard serta mengikut telunjuk pihak yang berkepentingan.

3. Jangan hanya memikirkan keuntungan duniawi dan rela berdiam diri terhadap perkara haram dan munkar demi menjaga periuk nasi.

4. Kuatkuasan terlebih dahulu tindakan terhadap perokok di kalangan pihak berkuasa agama, pegawai2 dan ustaz2 yg merokok.


PENUTUP:
Merokok hukumnya haram. Fatwa ini telah diputuskan oleh Muzakarah Fatwa Kebangsaan kali ke -37 dan telah diwartakan oleh kebanyakan negeri di Malaysia. Selangor antara negeri yang terawal mewartakannya. Apa yang menyedihkan, hebahan mengenai fatwa ini tidak menyeluruh dan tidak ’turun ke bawah’. Adakah pihak berkuasa agama memejam sebelah mata? Atau mungkinkah kerana ada pihak-pihak yang berkepentingan yang tidak ingin melihat rokok diharamkan kerana orientasi keuntungan?
p/s: Kajian ini bukan untuk negeri Selangor sahaja, tetapi untuk kesemua negeri dalam Malaysia dan terutamanya pihak berkuasa agama negeri-negeri.

2 comments:

  1. Ana suka artikel ni. kaji selidik yg anta nak buat pn ana setuju. cuma ana ada beberapa pandangan ttg mengapa pelaksanaanya tidak berkesan.
    1)Ketelusan kerajaan menggunakan media dan menyokong fatwa tersebut.
    2)Rokok juga penyumbang pd sumber pendapatan negara.
    3)Penguatkuasaan secara telus sbnrnya tiada, kenapa? kerana mereka juga nak guna manfaat rokok.

    Hanya pandangan ana, tp ana setuju anta buat kajian,sbb budak2 lani dh jadi super smoker.

    ReplyDelete
  2. Bertuah sungguh bila dapat suami yang tak merokok :). Ingat lagi peristiwa dalam sebuah van, ada seorang hamba Allah tu merokok, terbatuk-batuk abang bila terpaksa sedut asap rokok tu. Nasib baiklah hamba Allah tu turun di pertengahan jalan.

    Perokok ni bukan sahaja memudharatkan dirinya sendiri, malah turut memudharatkan sesiapa shj yg ada di sekelilingnya. Mengikut kaedah fiqh:
    Al-Dhararu yuzaal.
    Aha apa lagi, kita banteraslah habis-habisan. Hehe, tul tak abang?

    ReplyDelete