Thursday, November 5, 2009

Jom Amik Tauliah...


Petang kelmarin, saya pulang ke kampung menjemput ayah untuk ke Institut al-Qayyim di Mengkuang, Bukit Mertajam Pulau Pinang untuk mendengar sendiri penjelasan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. MAZA) mengenai isu semasa yang terkena sendiri ke atas dirinya. Ceramah bertajuk “Gelombang Fitnah” dijadualkan bermula pada pukul 8.00 malam di IQ.

Ini kali ketiga saya sampai di IQ. Kali pertama ketika Dr. MAZA (belum Dr. lagi ketika itu) berdebat dengan Astora Jabat, kalau tak silap saya tahun 1998. Kedua, pada bulan Ramadhan tahun lepas, menyampaikan tazkirah Ramadhan di situ. Malam kelmarin merupakan kali ketiga.

Tidak ada apa yang menarik sebenarnya untuk dikongsi cerita/ceramah pada malam tersebut kerana semuanya seperti mana yang telah umum ketahui. Fitnah, hasad dengki dan kejumudan pemikiran.

Kelmarin di dalam akbar-akbar tempatan, terdapat segelintir tokoh agama dan memberikan reaksi pro terhadap isu tauliah dan justifikasi tangkapan JAIS tersebut. SS Tan Sri Harussani Zakaria, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, Uthman el-Muhammady dan lain-lain.

Jika berdasarkan hujah mereka, beberapa perkara berkenaan tauliah ni perlu diberikan perhatian:


1. Semua guru, warga pendidik dan pensyarah yg ada kaitan dengan subjek pengajian/pendidikan Islam di Selangor khusus dan seluruh Malaysia umumnya perlu mendapatkan tauliah dari jabatan2 Agama Islam Negeri sebelum mengajar di sekolah/universiti kerana mereka mengajar di premis yang terletak di negeri yang mempunyai kuasa mutlak terhadap perkara yang berkaitan dengan penyebaran dakwah dan agama Islam.


2. Pastikan tetamu jemputan untuk rancangan agama terbitan Media Prima spt al-Kuliyyah, Halaqah dan lain2 mempunyai tauliah kerana mereka membuat rakaman atau bersiaran langsung dari studio yang terletak di Shah Alam Selangor kebiasaannya dan studio tersebut merupakan premis yang terletak di dalam negeri Selangor.

Saya juga yakin tokoh2 seperti di atas telah mengambil tauliah untuk berceramah di setiap negeri dalam Malaysia kerana mereka bebas berceramah tanpa sebarang sekatan dan tidak ditangkap setakat ini.

Dalam zaman canggih dan maklumat tanpa sempadan ni pun ada lagi yang hidup dalam zaman dark ages. Pelik laa....

Apa pun tahniah sebab dalam kesibukan mengantarabangsakan jenama Malaysia, satu lagi taraf antarabangsa telah diperolehi, iaitu LAWAK ANTARABANGSA. Katun sungguh...

1 comment:

  1. Mulanya nak ikut juga abang pergi IQ, tapi last-last minute terpaksa batalkan niat nak pergi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Apapun terima kasih abang sebab sudi kongsi cerita 'Dr. Asri' yang sengaja dikenakan oleh mereka yg masih berada di takuk yang lama. Tidak mahu menerima perubahan yang baik untuk ummah. Rugilah.

    ReplyDelete