Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Thursday, December 17, 2009
Sosialisasi Kanak-Kanak
***************************************
Manakala George Herbert Mead seorang sosiolog pendidikan pula membahagikan proses sosialisasi seorang insan itu kepada 4 tahap, iaitu:
- Tahap persiapan (Preparatory Stage);
- Tahap meniru (Play Stage);
- Tahap siap bertindak (Game Stage);
- Tahap penerimaan norma kolektif (Generalized Stage/Generalized other).
Bagi kanak-kanak, 2 tahap pertama merupakan tahap yang sangat penting dan bakal mempengaruhi 2 tahap seterusnya. 2 tahap pertama inilah yang perlu diberikan perhatian serius oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka. Proses peniruan akan berlangsung dengan hebatnya dalam 2 tahap ini.
1. Tahap Persiapan (Preparatory Stage)Monday, December 14, 2009
Coretan Sebelum Mata Terpejam
*************************************
Sekarang pukul 12.46 pagi. Mata belum kantuk, perut masih kekenyangan; baru lepas makan megi mee kari berapi. Sempat melawak dengan bini tadi supaya sediakan fire extinguisher dan jauhkan tisu yang kebetulan ada atas meja. Sekarang kenyang. Tadi dalam bilik, saja test manglish aku kat bini ”Honey! I’m a little hungry”. Kalut je dia nak serve kat aku; ajak aku ke dapur. Dia suggest aku makan roti gardenier cicah kari ayam tengah hari tadi, dia nak panaskan. Mulanya aku setuju, tapi bila nampak je bungkusan megi mee kari berapi dalam almari dapur, aku minta dia buatkan megi je. Senang dan cepat. Sedang dia dok masak megi, aku balun je semangkuk salad + mayonis, lebihan petang tadi.
Tadi petang, bini, anak dan mak mertua aku pergi shopping. Aku duduk kat rumah je. Malas nak shopping (paling malas nak jaga anak kalau ikut depa shopping). Bila pak mertua aku balik kerja, dia ajak aku keluar makan di luar (Bandaraya Kuala Terengganu). Sampai di sebuah gerai, pak mertua aku telefon bini, anak dan cucunya supaya joint us makan petang (merangkap makan malam) di situ. Pak mertua belanja makan ayam goreng, salad, potato wedges, roti bun dan lain-lain ala omputih. Aku bukannya biasa sangat makan benda-benda macam tu. Biasa la orang kampung, ’perut nasik’, kejap perut, senang lena.
Tapi bila baru lepas makan mana boleh tidur. Aku tak biasa tidur sejurus lepas makan. Otakku terpaksa bergerak juga mencari idea apa yang boleh aku lakukan sekarang. Terbit juga cadangan menyambung pembacaan buku ”Pengantar Sains Politik” susunan Syed Ahmad Hussein yang baru aku mula baca pagi tadi, tapi bukunya di luar bilik. Aku malas nak membuka lampu mencari buku tersebut, takut menganggu pak mertuaku yang sekian lama menjadikan ruang tamu tempat beradunya.
Di sebelah, atas katil, bini aku sedang menekuni laptop kecilnya. Lubna anak kecilku sedang tidur dengan sedikit ternganga mulutnya, tanda nyenyak la tu. Tak sejuk ke Lubna ni, aku sempat menjeling ke arah pendingin hawa. Aku naikkan suhunya dari 20°c ke 24°c. Aku sendiri kesejukan. Tapi Lubna aku tak boleh menyelimutnya dengan kain gebar. Dia tak suka dan aku takut dia terjaga nanti. Dia mungkin ikut fe’el aku dulu-dulu. Aku sejak kecil hingga besar pun tak suka dengan selimut. Aku jarang sangat tidur menggunakan selimut, maklumlah rumah aku dulu tak sejuk macam ni. Aku tarik kain gebar, bersandar ke dinding katil. Aku memang kesejukan. Aku pun buka laptop dan aku tekan punat-punat keyboard ni. Inilah hasilnya sebelum mata terpejam.Thursday, December 3, 2009
Bebaskan Masyarakat Dari Sekolah!
Sudah dua minggu cuti persekolahan. Saya baru bercuti empat hari (sempat balik beraya ke Terengganu) dan esok sehari lagi saya bercuti sebelum menduduki peperiksaan lusanya (Sabtu). Hari Khamis terakhir persekolahan, Jumaat pun bermula Kursus Pengajian Dalam Cuti (KPDC) Diploma Pendidikan Lepas Ijazah (DPLI) di Universiti Utara Malaysia (UUM) yang mengikut jadual akan berakhir pada 30 Disember 2009 (tidak termasuk praktikum dan BIG). Atas dasar ihsan –bukan royalti semestinya- pihak pengurusan UUM memberi peluang untuk membawa anak isteri menikmati cuti hujung tahun 2009, jadual kami dipinda. Tarikh Bina Insan Guru ditunda ke bulan Mac 2010 maka kami mendapat enam hari lagi ’cuti berganti’.Dua subjek kali ini tidaklah membebankan sangat. SGDK4054 Kaedah Mengajar Pendidikan Islam diajar oleh Us. Mohd Radzi b. Lebai Man pensyarah jemputan UUM dan sepenuh masa di IPG Jitra. Satu lagi subjek SGDG4032 Sekolah dan Masyarakat diajar oleh Dr. Yaakub b. Daud. Belajar sambil ’enjoy’ tanpa tekanan, secara dua hala dengan banyak perbincangan dan pembentangan mengurangkan ’stress’, berbeza dengan subjek-subjek yang lepas. Di antara dua subjek kali ini, subjek Sekolah dan Masyarakat lebih santai dan bersahaja pembelajarannya.
.....................................................
Subjek ”Sekolah dan Masyarakat” adalah sub dari Sosiologi Pendidikan. Menyebut tentang ”Sekolah dan Masyarakat”, saya teringat sebuah buku yang agak kritis dan kritikal serta kekirian dengan judul ”Deschooling Society” karya Ivan Illich. Sebagai seorang sosiolog, Illich cuba melontarkan pandangan yang agak kritikal, radikal dan kontroversial dengan menyeru agar masyarakat dibebaskan dari belenggu persekolahan. Ideanya membebaskan dari kecenderungan masyarakat yang menganggap bahawa sekolah hanyalah satu-satunya institusi pendidikan dan sumber pengetahuan ilmu. Baginya, untuk membantu anak didik memiliki kesedaran akan sebuah realiti, maka institusi sekolah perlu memberikan pengajaran yang berbasiskan kehidupan sebenar, bukan jauh dari realiti atau anti-realiti.
”Masyarakat bebas sekolah” atau masyarakat tanpa sekolah mungkin satu idea yang agak keterlaluan. Namun tidak salah untuk membaca dan memahaminya. Saya juga cuba mengenengahkan idea ini ketika membentangkan topik ini di dewan kuliah. Memang tidak dapat dinafikan sistem pendidikan hari ini lebih berorientasikan tekstual daripada kontekstual, eksklusif daripada inklusif dan ‘ tidak mesra masyarakat’.
Bagi Illich, sekolah sudah melembaga dalam masyarakat moden sehingga kita kebingungan untuk membezakan makna ‘bersekolah’ dengan ‘belajar’. Hari ini ada yang pergi ke sekolah tanpa belajar dan ada pula mereka yang belajar tanpa pergi ke sekolah. Sebenarnya definisi tentang ‘bersekolah’ itu telah mengacau konsep ‘belajar’ dan ‘mengajar’, naik kelas dengan pendidikan, ijazah dengan kompetensi dan peningkatan kemampuan untuk mengatakan sesuatu yang baru.
Idea ini mungkin agak radikal dan konroversial. Seperti yang saya katakan di dalam dewan kuliah ‘tidak salah untuk berbeza dan tidak perlu janggal untuk mengusung idea yang radikal’. Secara dasar, saya bersetuju dengan sebahagian besar idea membebaskan masyarakat dari sekolah. Radikal ke idea ini?
Friday, November 27, 2009
Hukum Solat Jumaat Pada Hari Raya
Hari ini umat Islam menyambut Hari Raya 'Idul Adha atau jua disebut Hari Raya Haji. Kebetulan Hari Raya Haji tahun ini jatuh pada hari Jumaat. Soalan cepu emas atau soalan popular tentang situasi sebegini adalah seperti di bawah.Soalan: Apakah hukumnya menunaikan solat Jumaat sekiranya Hari Raya jatuh pada hari tersebut?
Jawapan:
Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat Jumaat yang jatuh bertepatan dengan hari raya, sama ada Idul Fitri mahupun Idul Adha. Dalam kitab Rahmatul Ummah fi Ikhtilaf al-A’immah karya Imam Ad-Dimasyqi, dinyatakan bahawa:“Apabila hari raya jatuh pada hari Jumaat, maka menurut pendapat Imam asy-Shafie yang sahih, dinyatakan bahawa tuntutan solat Jumaat tidak gugur daripada penduduk kampung (pemastautin) yang mengerjakan solat Jumaat. Adapun bagi mereka yang datang dari kampung lain, tuntutan tersebut digugurkan. Demikianlah menurut pendapat Imam asy-Shafie yang sahih. Sekiranya mereka telah menunaikat solat hari raya, dibenarkan bagi mereka untuk terus pulang, tanpa mengikuti solat Jumaat.
Ad-Dimasyqi tidak menampilkan pendapat Imam Malik. Ibnu Rusyd dalam kitabnya Bidayatul Mujtahid menyatakan bahawa pendapat Imam Malik selari dengan pendapat Imam Abu Hanifah. Dinukilkan bahawa, “Imam Malik dan Abu Hanifah bersependapat, ‘Jika hari raya jatuh pada hari Jumaat, maka mukallaf dituntut untuk melaksanakan kedua-duanya’.”
Pertama, solat Jumaat tidak gugur terhadap penduduk kota (ahlul amshaar / ahlul madinah) yang di tempat mereka ada dilaksanakan solat Jumaat. Bagi mereka yang datang dari kampung atau gurun (ahlil badaawi / ahlul ‘aaliyah), yang di kawasan mereka tidak dilaksanakan solat Jumaat, kewajipannya digugurkan. Maka sekiranya mereka – iaitu mereka yang datang dari kampung – telah menunaikan solat hari raya, mereka boleh terus pulang, tanpa mengikuti solat Jumaat. Inilah pendapat Imam asy-Shafie. Pendapat ini juga merupakan pendapat Uthman dan Umar bin Abdul Aziz.
Setelah diteliti, didapati bahawa pendapat yang paling rajih adalah pendapat Imam Ahmad bin Hanbal, rahimahullah. Huraian lanjut mengenai hukumnya adalah seperti berikut:
Hukum pertama, jika seseorang itu telah menunaikan solat hari raya – yang jatuh pada hari Jumaat – maka gugurlah kewajipan ke atasnya untuk menunaikan solat Jumaat. Ia boleh memilih sama ada hendak menunaikan solat Jumaat ataupun tidak.
Dalil-dalilnya merujuk kepada hadis-hadis Nabi SAW yang sahih, antaranya yang diriwayatkan daripada Zayd bin Arqam r.a., katanya: “Nabi SAW melaksanakan solat ‘Eid (pada suatu hari Jumaat) kemudian baginda memberikan rukhsah (kemudahan.keringanan) dalam solat Jumaat. Kemudian baginda bersabda, ‘Barangsiapa yang berkehendak (solat Jumaat), hendaklah ia solat.” [HR Al-Khamsah, kecuali At-Tirmidzi. Hadis ini sahih menurut Ibnu Khuzaimah)].
Maka solat Jumaat pada hari raya menjadi rukhsah, kerana terdapat uzur iaitu pelaksanaan solat hari raya. Namun disebabkan rukhsah itu tidak menghilangkan azimah sama sekali, maka solat Jumaat masih tetap disyariatkan, sehingga boleh ditunaikan dan boleh juga ditinggalkan. Hal ini dikukuhkan lagi dengan sabda Nabi SAW yang terkandung dalam hadis Zayd bin Arqam “..barangsiapa yang berkehendak (solat Jumaat), hendaklah ia solat…”. Inilah manthuq (ungkapan tersurat) hadis, manakala mafhum mukhalafah (ungkapan tersirat) bagi hadis tersebut – dalam hal ini berupa mafhum syarat, kerana terdapat lafaz ‘man’ sebagai syarat – adalah : “barangsiapa yang tidak berkehendak solat Jumaat, maka tidak perlu baginya menunaikan solat Jumaat”.
Secara dasarnya, kedudukan antara azimah dan rukhsah adalah setara, tiada yang lebih utama melainkan terdapat nas yang menjelaskan keutamaan salah satunya, sama ada azimah mahupun rukhsah.
Namun dalam hal ini terdapat nas yang menunjukkan keutamaan solat Jumaat berbanding meninggalkannya. Dalam hadis Abu Hurairah r.a. yang telah dinyatakan sebelum ini terdapat sabda Nabi SAW “…Dan sesungguhnya kami akan mengerjakan solat Jumaat”. Ini menunjukkan bahawa meskipun baginda SAW menjadikan solat Jumaat sebagai rukhsah, akan tetapi Nabi Muhammad SAW tetap mengerjakan solat Jumaat. Sungguhpun demikian, perbuatan Nabi SAW ini tidak wajib, kerana baginda sendiri mengizinkan sama ada hendak menunaikannya ataupun tidak. Maka, perbuatan tersebut sifatnya sunnah, dan bukanlah wajib.
Solat Zohor tetap wajib ditunaikan kerana nas-nas hadis yang telah dinyatakan hanyalah terhadap solat Jumaat dan tidak mencakupi solat Zohor. Kewajipan solat Zohor adalah kewajipan asal (al fardhu al asli), sedangkan solat Jumaat adalah hukum pengganti (badal) bagi solat Zohor. Maka jika hukum pengganti (badal) – iaitu solat Jumaat – tidak dilaksanakan, maka kembalilah tuntutan syarak kepada hukum asalnya, iaitu solat Zohor. Hal demikian adalah dalam mengamalkan “istish-hab”, iaitu kaedah hukum untuk menetapkan berlakunya hukum asal, selama tidak terdapat dalil yang mengecualikan atau mengubah berlakunya hukum asal.
Rukhsah untuk meninggalkan solat Jumaat ini khusus bagi mereka yang sudah melaksanakan solat hari raya. Mereka yang tidak melaksanakan solat hari raya, tidak mendapat rukhsah, dan mereka tetap wajib menunaikan solat Jumaat.
Dalilnya merujuk kepada hadis Abu Hurairah (iaitu hadis kedua) di mana Nabi SAW bersabda, “Barangsiapa yang berkehendak (solat hari raya), cukuplah baginya solat hari raya itu, tidak perlu solat Jumaat lagi.”. Ini merupakan manthuq hadis, manakala mafhum mukhalafah-nya pula orang yang tidak melaksanakan solat hari raya, maka ia tetap dituntut untuk menunaikan solat Jumaat.
Oleh itu, orang yang tidak melaksanakan solat hari raya, tidak termasuk dalam pengecualian dari keumuman nas yang mewajibkan solat Jumaat. Mereka yang tidak menunaikan solat hari raya, wajib baginya menunaikan solat Jumaat.
Pendapat Imam asy-Shafie
Secara dasarnya, Imam asy-Shafie tetap mewajibkan solat Jumaat yang jatuh pada hari raya. Namun beliau menetapkan kewajipan tersebut terhadap penduduk kota (ahlul madinah / ahlul amshaar). Bagi penduduk desa atau padang pasir (ahlul badawi) yang berkunjung ke kota untuk solat ‘Eid (dan solat Jumaat), dan di tempatnya tidak dilaksanakan solat Jumaat, maka mereka dibenarkan untuk tidak mengerjakan solat Jumaat.
Imam asy-Shafie berpendapat sedemikian kerana menurut beliau, hadis-hadis yang menerangkan gugurnya kewajipan solat Jumaat pada hari raya bukanlah hadis-hadis yang sahih dan beliau tidak beramal dengannya. Berkenaan pendapat Imam Shafie itu, Imam ash-Shan’ani dalam Subulus Salam berkata: “Asy-Shafie dan segolongan ulama; berpendapat bahawa solat Jumaat tidak menjadi rukhsah. Mereka berhujah bahawa dalil kewajipan solat Jumaat bersifat umum untuk semua hari (termasuklah pada hari raya). Hadis-hadis dan atsar-atsar (yang menjadikan solat Jumaat sebagai rukhsah) tidak cukup kuat untuk menjadi takhsis (pengkhususan) kewajipan solat Jumaat, kerana sanad-sanad hadis tersebut telah diperselisihkan ileh ulama’. Saya (ash-Shan’ani) berkata, “Hadis Zayd bin Arqam telah dinilai sahih oleh Ibnu Khuzaimah. Maka hadis tersebut boleh menjadi takhsis…”
Oleh demikian, jelaslah bahawa Imam Shafie tidak menilai hadis Zayd bin Arqam tersebut sebagai hadis sahih, sehingga beliau tidak menjadikannya sebagai takhsis yang menggugurkan kewajipan solat Jumaat. Beliau kemudian berpegang kepada keumuman nas yang mewajibkan solat Jumat pada semua hari (ayat 9 surah al-Jumu’ah). Namun, Imam ash-Shan’ani menyatakan bahawa hadis Zayd bin Arqam adalah sahih menurut Ibnu Khuzaimah.
Ibnu Rusyd menjelaskan hujah kedua-dua Imam tersebut; “Imam Malik dan Abu Hanifah berkata, ‘Solat hari raya adalah sunnah, sedang solat Jumaat adalah fardhu, dan salah satunya tidak dapat menggantikan yang lainnya. Inilah yang menjadi prinsip asal (al-aslu) dalam masalah ini, kecuali jika terdapat ketetapan syara’, maka wajib merujuk kepadanya…’
Imam Ash’ani menjelaskan bahawa pendapat ‘Atha’ tersebut didasarkan kepada tiga alasan, iaitu:
Pertama, berdasarkan perbuatan Ibnu Zubayr r.a. sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, bahawa: “Dua hari raya (hari raya dan hari Jumaat) telah berkumpul pada satu hari.
yang sama. Lalu dia (Ibnu Zubayr) mengumpulkan kedua-duanya dan melakukan solat untuk kedua-duanya sebanyak dua rakaat pada pagi hari. Dia tidak menambah atas dua rakaat itu sampai dia mengerjakan solat Asar”.
Kedua, solat Jumaat adalah hukum asal (al-asl) pada hari Jumaat, sedangkan solat Zohor adalah hukum pengganti (al-badal) bagi solat Jumaat. Maka, jika hukum asal telah gugur, maka secara automatiknya gugurlah hukum penggantinya.
Ketiga, pada zahirnya dari hadis Zayd bin Arqam, Rasulullah SAW telah memberi rukhsah pada solat Jumaat. Namun baginda SAW tidak memerintahkan untuk solat Zohor bagi orang yang tidak melaksanakan solat Jumaat.
Demikianlah alasan yang digunakan. Imam ash-Shan’ani tidak menerima pendapat tersebut dan telah membantahnya. Menurutnya, setelah solat hari raya Ibnu Zubayr tidak keluar dari rumahnya untuk solat Jumaat di masjid, maka tidaklah dapat dipastikan sama ada Ibnu Zubayr menunaikan solat Zohor ataupun tidak. Berkemungkinan (ihtimal) bahawa Ibnu Zubayr solat Zohor di rumahnya. Apa yang pasti, menurut Imam ash-Shan’ani, Ibnu Zubayr tidak mengerjakan solat Jumaat.
Berdasarkan huraian yang telah diberikan, dapatlah disimpulkan bahawa sekiranya hari raya jatuh pada hari Jumaat, maka hukumnya adalah seperti berikut:
Ketiga, bagi mereka yang tidak menunaikan solat hari raya pada hari tersebut, wajib baginya untuk solat Jumaat. Dia tidak boleh meninggalkan solat Jumaat lalu menunaikan solat Zohor sebagai ganti.
Demikianlah hasil pentarjihan bagi masalah ini berdasarkan dalil-dalil syarie yang ada. Wallahua’lam.
Sunday, November 22, 2009
Puasa Sunat Hari Arafah
Dalam yang sama Malaysia menerusi pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengumumkan bahawa tarikh 1 Zulhijjah 1430 H juga jatuh pada 27 November 2009 M. Ini bermaksud tarikh 9 Zulhijjah 1430 jatuh pada 26 November 2009 M ( Khamis ) dan Hari Raya Idil Adha akan di sambut di Malaysia pada 27 November 2009 M ( Jumaat ).


Thursday, November 19, 2009
Pengantar Tafsir Tematik (Siri 2)

Para pengkaji memberikan pelbagai takrifan tentang tafsir tematik, antaranya ialah:
- Dikatakan: iaitu menghimpunkan ayat-ayat yang berselerakan di dalam surah-surah al-Quran, yang berhubungan dengan satu tema sama ada berbentuk lafaz atau hukum; menafsirnya berdasarkan tujuan-tujuan penurunan al-Quran.
- Dikatakan: iaitulah satu ilmu yang menyentuh isu-isu yang didasari oleh tujuan-tujuan al-Quran melalui satu surah atau lebih.
Sebilangan pengkaji telah menulis mengenai tafsir tematik; pertumbuhan dan perkembangannya serta isi kandungan buku-buku mereka mengenai tatacara mentafsir al-Quran melalui pendekatan tematik. Di antara buku-buku yang menjadi pedoman berkenaan ilmu ini adalah:
- “Al-Bidayah fi at-Tafsir al-Maudhu’i”, oleh Abd. Haq al-Farmaawi;
- “Al-Madkhal ila at-Tafsir al-Maudhu’i”, oleh Dr. Abd. Sattar Fathullah Said;
- “Mabahith fi at-Tafsir al-Maudhu’i”, oleh Dr. Mustafa Muslim Muhammad;
- “Dirasat fi at-Tafsir al-Maudhu’i”, oleh Dr. Zaahir ‘Awwadh al-Alma’ie;
- “At-Tafsir al-Maudhu’i Bayna an-Nazhariyah wa at-Tatdbiq”, oleh Dr. Solah Abd. Fattah al-Khaalidi.
Permulaan Tafsir Tematik:
Tafsir tematik sebenarnya telah muncul pada awal zaman Islam, tetapi istilah “Tafsir Tematik ” atau “Tafsir Maudhu’i” merupakan istilah baru yang mulai jelas pada kurun ke-14 Hijrah.
Pertumbuhan Tafsir Tematik:
Walau pun tafsir tematik ini merupakan istilah yang baru -seperti yang telah disebutkan- tetapi permulaannya sudah lama. Pertumbuhan tafsir tematik ini dibahagikan kepada tiga peringkat:
1. Sebahagian ulama melihat bahawa permulaan tafsir tematik ini sudah wujud sejak zaman Nabi lagi; seperti menghimpun di antara petunjuk-petunjuk ayat dan menafsirkan antara satu sama lain. Contohnya apa yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim serta lain dari keduanya, bersumberkan dari Abdullah Bin Mas’ud -Allah telah meredhainya- yang telah berkata: Tatkala turun ayat ini “Orang-orang orang yang beriman itu tidak mencampur adukkan iman mereka dengan syirik (kezaliman)”[al-An’am:82], orang ramai menjadi susah hati, maka mereka berkata: Wahai Rasulullah! Siapakah di antara kami yang tidak menzalimi dirinya? Berkata Rasulullah: Ianya bukan apa yang kamu maksudkan. Apakah kamu tidak mendengar apa yang telah dikatakan oleh seorang hamba yang soleh (Luqman al-Hakim): Sesungguhnya syirik itu adalah kezaliman yang besar [Luqman:13], sesungguhnya ia adalah syirik.
2. Kemudiannya penyusunan tafsir tematik ini disusun melalui cara yang lebih jauh dari cara yang lepas, iaitulah bentuk tafsir tematik yang kita maksudkan; di mana sebahagian ulama menyusun di dalam kitab-kitab mereka berkenaan tema-tema yang berkaitan dengan al-Quran. Di antara kitab-kitab tersebut adalah:
- An-Naasikh wal-Mansukh fi al-Quran, Qatadah Bin Di'aamah as-Saduusi, wafat tahun 118H.
- Majaz al-Quran, Abi Ubaidah Ma'mar Bin al-Muthanna, wafat tahun 210H;
- Asbab an-Nuzul, Ali Bin al-Madieni, wafat tahun 234H;
- Ta'wiel Mushkiel al-Quran, Ibnu Qutaibah, wafat tahun 276H;
- Ahkam al-Quran, Abu Bakar al-Jasshosh, wafat 370H;
- Aqsam al-Quran, Ibnu al-Qayyim, wafat tahun751H.
Selain kitab-kitab di atas, juga terdapat banyak kitab tafsir lain berkenaan pelbagai tema yang diangkat daripada al-Quran. Juga didapati bentuk tafsir tematik di atas kebanyakannya berbicara tentang disiplin-disiplin ilmu yang berkaitan dengan al-Quran semata dan para penulis tidak membahaskan berkenaan perbahasan-perbahasan yang lain.
3. Pada masa kini kebanyakan pengkaji dan ulama-ulama kontemporari memperluaskan lagi skop tafsir tematik. Mereka menulis dalam pelbagai tema, berhubung dengan pelbagai topik dan menyelesaikan pelbagai permasalahan yang dihadapi oleh kaum muslimin di dalam kehidupan mereka. Mungkinlah suasana kehidupan kaum muslimin sejak kebelakangan ini, mendorong terbitnya corak-corak penulisan yang agak berbeza dari corak-corak penulisan tafsir yang biasa. 